VENICE, 3 Zulhijjah 1438H, Jumaat – Datuk Bandar Venice, Luigi Brugnaro mengarahkan pegawai polis menembak mana-mana individu yang melaungkan kalimah ‘Allahu Akbar’.
”Sesiapa sahaja di tempat awam yang melaungkan Allahu Akbar di Dataran St Mark dengan keadaan meragukan akan ditembak mati oleh penembak menghendap,” arahnya.
Selepas arahan tidak masuk akal itu dikemukakan, rakan sejawatannya dari Florence, Dario Nardella terus melaungkan ‘Allahu Akbar’ sebaik sahaja mesyuarat membincangkan isu keganasan di bandar Rimini selesai.
Luigi kemudian mendakwa, kononnya sudah wujud keperluan mereka mempertingkatkan kawalan keselamatan apabila timbul soal keganasan.
“Empat pengganas telah dicekup beberapa bulan lalu kerana merancang meletupkan Jambatan Rialto.
“Mereka mendakwa mahu bertemu Allah, jadi kami menghantar mereka terus kepadaNya dengan menembak mati,” katanya.
Perintah baharu penuh berkontroversi itu mendapt sokongan para ahli majlis lain di bandar berkenaan. – Agensi
The post Datuk Bandar Venice arah tembak individu laung ‘Allahu Akbar’ appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Datuk Bandar Venice arah tembak individu laung ‘Allahu Akbar’
0 Komentar untuk "Datuk Bandar Venice arah tembak individu laung ‘Allahu Akbar’"