Gema Semua Maklumat

Dua darjat fahaman liberal tapi tujuan tetap mahu melemahkan Islam

Dua darjat fahaman liberal tapi tujuan tetap mahu melemahkan Islam

Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, 6 Zulhijjah 1438H, Isnin – Kewujudan Free Thinkers yang dipelopori oleh puak libertarian digunakan untuk melemahkan kebangkitan gerakan kesedaran politik Islam di negara ini, kata Pensyarah Kanan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi UiTM Kelantan, Dr Iskandar Hasan Tan Abdullah.

Katanya, gerakan kesedaran politik Islam semakin meningkat dalam kalangan masyarakat di negara ini selepas tertubuhnya gabungan pembangkang, Pakatan Harapan.

Pakatan Harapan merupakan gabungan baharu pembangkang menggantikan pakatan rakyat membabitkan kerjasama di antara PKR, parti rasis dan cauvinis DAP, Parti Amanah Negara (PAN) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

“Ini disebabkan parti pembangkang tertentu lebih didominasi kumpulan libertarian daripada kumpulan egalitarian. Akibatnya sebahagian besar mereka kurang menyukai dominasi gerakan kebangkitan politik Islam.

“Tambahan pula, terdapat sebahagian masyarakat Islam di negara ini kurang suka dengan perundangan Islam dan politik Islam atau politik Melayu,” kata Dr Iskandar yang menulis dalam Sinar Harian, hari ini.

Katanya, perjuangan kumpulan liberal di negara ini mempunyai dua darjat pandangan berbeza dari segi epistemologi iaitu libertarian yang sangat ekstreem berjuang menidakkan kebenaran agama dan egalitarian yang memperjuangkan liberalisasi dalam kesaksamaan hak dan tidak menentang prinsip Perlembagaan Persekutuan atau ajaran agama.

Bagaimanapun, katanya, walaupun kedua-duanya berjuang dalam kaedah berbeza, namun ianya tetap memberi impak kepada agenda Islam di Malaysia.

Dr Iskandar Hasan berkata, tsunami politik Islam hari ini dilihat lebih bertunjangkan kepada isu membabitkan kedaulatan agama dan kehidupan norma budaya Melayu.

Maka tidak hairan apabila agenda feminisme turut terlibat dalam menafikan penguasaan gender dalam norma budaya agama Islam, dengan mengisytihar wanita boleh menjadi imam dalam solat antara lelaki perempuan, katanya.

“Golongan Islam liberal dan golongan Islam yang menolak Ahlu as-Sunnah wa al-Jamaah berteraskan pegangan Mazhab Syafie kurang suka akan kebangkitan tsunami politik Islam dalam PRU14 nanti.

“Tidak menghairankan terdapat sebahagian golongan tersebut tidak menentang gerakan Kristianisasi yang dijalankan gerakan Evangelis.

“Selanjutnya mereka menawarkan dialog perdamaian dan mengatakan tindakan tersebut adalah seperti yang dianjurkan prinsip maqasid syariah. Dalil tabayyun digunakan bagi merealisasikan matlamat mengurangkan impak tsunami politik Islam,” katanya.

Katanya, perang saraf persepsi turut diperhebat dengan mengaitkan bahawa jika pemimpin bukan Islam menjadi ketua kerajaan adalah lebih baik daripada pemimpin Islam sendiri.

The post Dua darjat fahaman liberal tapi tujuan tetap mahu melemahkan Islam appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Dua darjat fahaman liberal tapi tujuan tetap mahu melemahkan Islam
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Dua darjat fahaman liberal tapi tujuan tetap mahu melemahkan Islam"

Back To Top