Gema Semua Maklumat

SPRM tak ganggu Selangor seperti dakwaan Azmin

SPRM tak ganggu Selangor seperti dakwaan Azmin

BANGI, 6 Zulhijjah 1438H, Isnin – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menolak dakwaan Azmin Ali mengatakan agensinya cuba menganggu negeri Selangor.

Ketua Pesuruhjayanya, Dzulkifli Ahmad berkata, pihaknya langsung tidak berniat untuk menakut-nakutkan Selangor, seperti dakwaan Menteri Besar itu..

“Saya hendak tanya dia, siapa yang akan kena kecam nanti? Adakah kerajaan negeri atau SPRM? Kebanyakan masa, SPRM yang kena kritik.

“Jadi, tuduhannya (yang SPRM menakut-nakutkan negeri) tidak benar,” katanya seperti dilaporkan sebuah akhbar berbahasa Inggeris.

Ahad lalu, Azmin mendakwa gangguan dan menakut-nakutkan kerajaan negeri akan berterusan sehinggalah pilihan raya negeri berpunca daripada rasa cemburu ke atas pencapaian Selangor.

Kenyataan itu dibuat selepas SPRM menyerbu Universiti Selangor (Unisel) dan Menteri Besar Incorporated (MBI) berkaitan dakwaan korupsi dan salah guna kuasa melibatkan Rm16 juta.

MIB didakwa membayar Jana Niaga Sdn Bhd untuk menyelia asrama pelajar Unisel melalui dua kali bayaran pada 2015 dan 2016 walaupun syarikat itu sudah ditamatkan kontrak pada 2013.

Dzulkifli berkata, Azmin salah faham niat SPRM kerana agensinya hanya mahu mendapatkan dokumen berkaitan kes itu.

Katanya lagi, mereka tidak berhasrat pun untuk masuk campur dalam urusan pentadbiran negeri.

The post SPRM tak ganggu Selangor seperti dakwaan Azmin appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di SPRM tak ganggu Selangor seperti dakwaan Azmin
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "SPRM tak ganggu Selangor seperti dakwaan Azmin"

Back To Top