Gema Semua Maklumat

Ekstremis Buddha tunjuk perasaan bantah bantuan kepada umat Islam Rohingya

Ekstremis Buddha tunjuk perasaan bantah bantuan kepada umat Islam Rohingya

YANGON, 22 Zulkaedah 1438H, Selasa – Ratusan ekstremis Buddha mengadakan tunjuk perasaan di jalan raya di barat Myanmar kelmarin bagi membantah pertubuhan yang menyalurkan bantuan kepada umat Islam Rohingya.

Dilaporkan, Sami Buddha dan anggota kumpulan etnik Rakhine itu mengadakan tunjuk perasaan di 15 bandar, termasuk Sittwe, ibu negeri Rakhine, mendesak agensi bantuan meninggalkan negara itu serta-merta.

Kumpulan ekstremis itu menuntut semua organisasi yang terlibat dengan Umat Islam Rohingya meninggalkan negeri di bahagian barat negera itu dengan kadar segera.

“Kami akan membantah lagi dan lagi sehingga tuntutan kami dipenuhi. Jika kerajaan gagal bertindak, itu adalah tanggungjawab mereka,” kata ketua tunjuk perasaan, Htay Aung.

Ketegangan semakin meningkat di Rakhine selepas tujuh penduduk Buddha ditemui mati di kawasan pergunungan di utara Myanmar, bulan lalu.

Kerajaan Myanmar menuduh umat Islam Rohingya yang bertanggungjawab terhadap pembunuhan itu. -Agensi

The post Ekstremis Buddha tunjuk perasaan bantah bantuan kepada umat Islam Rohingya appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Ekstremis Buddha tunjuk perasaan bantah bantuan kepada umat Islam Rohingya
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Ekstremis Buddha tunjuk perasaan bantah bantuan kepada umat Islam Rohingya"

Back To Top