Gema Semua Maklumat

India mahu halau pelarian Rohingya

India mahu halau pelarian Rohingya

NEW DELHI, 22 Zulkaedah 1438H, Selasa – Kerajaan India berhasrat untuk mengusir kira-kira 40,000 etnik Muslim Rohingya di negara itu.

Kerajaan negara itu menyatakan bahawa pendaftaran etnik Rohingya dengan agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tidak relevan.

Serentak itu, kerajaan pusat telah mengarahkan pihak berkuasa negeri untuk mengusir etnik minoriti itu termasuk pelarian yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).

Timbalan Menteri Dalam Negeri India, Kiren Rijiju menyifatkan pelarian Rohingya yang tinggal di India sebagai pendatang tanpa izin dan mesti dihantar pulang ke negara asal.

“Apa yang kami tahu, mereka semua adalah pendatang haram dan tidak mempunyai asas untuk tinggal di negara ini. Sesiapa yang menjadi pendatang tanpa izin akan diusir.

“Kita tidak dapat menghentikan mereka daripada mendaftar, namun kita tidak akan menandatangani sebarang perjanjian berkaitan pelarian,” katanya,” katanya.

Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) telah mengeluarkan kad pengenalan kepada 16,500 Rohingya di India kerana ia dapat membantu mereka menghalang gangguan, penangkapan sewenang-wenangnya dan pengusiran.

Bagaimanapun minggu lalu, Rijiju memberitahu Parlimen, kerajaan pusat telah mengarahkan pihak berkuasa negeri untuk mengenal pasti dan mengusir pendatang tanpa izin termasuk Rohingya.- Agensi

The post India mahu halau pelarian Rohingya appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di India mahu halau pelarian Rohingya
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "India mahu halau pelarian Rohingya"

Back To Top