Gema Semua Maklumat

Hanya agensi miliki Lesen Khas Umrah boleh kendali pakej

Hanya agensi miliki Lesen Khas Umrah boleh kendali pakej

KUALA LUMPUR, 17 Zulkaedah 1438H, Khamis – Mulai 1 Oktober depan, agensi pelancongan yang mempunyai ‘Lesen Khas Umrah’ dikeluarkan oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan sahaja, dibenarkan mengendalikan pakej umrah.

Timbalan Ketua Setiausaha (Pelancongan) kementerian itu, Nor Hayati Awang berkata, ia bagi membolehkan pihak berkuasa memantau secara komprehensif agensi pelancongan terbabit  bagi membanteras kes penipuan pakej umrah.

“Hanya syarikat milik orang Islam sahaja yang boleh terlibat dalam pengendalian pakej tersebut. Sekarang ini, kita tiada lesen khas untuk pengendali umrah… ini penting bagi mengelak orang ramai tertipu,” katanya kepada pemberita pada Kempen Kesedaran Mengenai Penipuan Pakej Umrah/ Ziarah dan Hak Kepenggunaan di sini hari ini.

Beliau berkata, mengikut rekod kementerian, terdapat kira-kira 500 syarikat aktif dalam pengendalian pakej umrah dan 96 kes penipuan pakej umrah dilaporkan membabitkan syarikat berlesen dan tidak berlesen sejak 2012 sehingga Julai 2017 berdasarkan statistiknya.

The post Hanya agensi miliki Lesen Khas Umrah boleh kendali pakej appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Hanya agensi miliki Lesen Khas Umrah boleh kendali pakej
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Hanya agensi miliki Lesen Khas Umrah boleh kendali pakej"

Back To Top