KUALA LUMPUR, 23 Zulkaedah 1438H, Rabu – Purata harga tambang udara dijangka semakin rendah tahun ini berikutan persaingan sengit antara syarikat penerbangan di negara ini.
Ketua Pegawai Operasi Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom), Azmir Zain berkata, keadaan itu juga disebabkan peruntukan hak lalu lintas udara dalam tempoh enam bulan lalu menyebabkan syarikat penerbangan menambah kekerapan perjalanan dan destinasi baharu.
Beliau berkata, secara tidak langsung industri penerbangan dijangka merekodkan pertumbuhan hasil yang mendatar tahun ini disebabkan trend penurunan harga tambang yang terus berlaku sejak 2010.
“Ini berikutan permintaan yang lebih tinggi terhadap pengangkutan udara memandangkan purata tambang menyusut dalam masa beberapa tahun kebelakangan ini, dengan tambang laluan antarabangsa menunjukkan penurunan yang lebih, berbanding laluan domestik,” katanya membentangkan laporan industri sulung Mavcom yang dikenali sebagai Waypoint di sini, hari ini.
Berdasarkan laporan itu, jumlah pesawat bagi syarikat penerbangan di Malaysia meningkat daripada 177 kepada 278 pesawat dalam tempoh tujuh tahun ini manakala purata tambang bagi laluan domestik dan antarabangsa menurun 5.9 peratus dan lapan peratus setiap tahun.
The post Harga tambang penerbangan dijangka semakin turun appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Harga tambang penerbangan dijangka semakin turun
0 Komentar untuk "Harga tambang penerbangan dijangka semakin turun"