Gema Semua Maklumat

Taktik tawar diskaun 70 peratus set cadar dikesan

Taktik tawar diskaun 70 peratus set cadar dikesan

SHAH ALAM, 23 Zulkaedah 1438H, Rabu – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Selangor membongkar satu taktik memperdaya pengguna, kononnya menawarkan potongan harga 70 peratus bagi pembelian set cadar, dalam satu jualan murah di sebuah pasar raya terkemuka di Seri Kembangan dekat sini.

Ketua Pegawai Penguat Kuasanya, Azman Adam berkata, pemeriksaan ke atas aktiviti jualan murah itu dibuat Isnin lalu selepas pihaknya menerima aduan daripada pengguna mengenai harga set cadar yang mengelirukan.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan tersebut, pihaknya merampas 33 set cadar yang didapati mempunyai petunjuk harga palsu bernilai RM13,294.

“Pemeriksaan yang dijalankan mendapati set cadar yang dijual pada harga RM289 setiap satu mempunyai label potongan harga pada kadar 70 peratus yang menjadikan harga baharu set cadar tersebut berjumlah RM86.70.

“…tetapi, pada masa sama didapati ada tanda harga lain bagi set cadar jenama sama bernilai RM57.80 di pasar raya sama. Ini bermakna ada cubaan menaikkan harga dan menipu pengguna,” katanya pada sidang media di pejabat KPDNKK Selangor di sini hari ini.

Bagaimanapun, Azman berkata tiada sebarang tangkapan dibuat ketika pemeriksaan itu dan siasatan akan dilengkapkan secepat mungkin kerana ia melibatkan kepentingan umum. – Bernama

The post Taktik tawar diskaun 70 peratus set cadar dikesan appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Taktik tawar diskaun 70 peratus set cadar dikesan
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Taktik tawar diskaun 70 peratus set cadar dikesan"

Back To Top