Gema Semua Maklumat

Imbasan awal jemaah haji di KLIA, tidak lagi di Jeddah

Imbasan awal jemaah haji di KLIA, tidak lagi di Jeddah

Sumber foto: BH

SEPANG, 2 Zulhijjah 1438H, Khamis – Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menjadi pilihan Kerajaan Arab Saudi bagi pelaksanaan projek rintis imbasan awal, yang pertama di dunia.

Menerusi pelaksanaan projek itu, Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi memberitahu, pemeriksaan imigresen Arab Saudi kepada jemaah haji Malaysia dilakukan di KLIA.

“Semua jemaah haji kita mulai hari ini akan menjalani imbasan awal yang membolehkan mereka tidak lagi perlu melalui proses Imigresen Arab Saudi apabila mendarat di Jeddah.

“Semua proses imigresen akan dilaksanakan sepenuhnya di KLIA, dengan kehadiran pegawai imigresen Arab Saudi sebelum mereka berangkat dan sebaik tiba di lapangan terbang Jeddah, jemaah boleh terus ke bahagian pengurusan bagasi.

“Ini akan melancarkan lagi perjalanan jemaah kerana mereka tidak perlu lagi menunggu sehingga lima atau enam jam untuk proses imigresen di Jeddah seperti sebelum ini,” katanya selepas meninjau pelaksanaan sistem itu di KLIA hari ini.

Beliau berkata, proses imbasan awal itu mula dilaksanakan hari ini hingga penerbangan terakhir pada Isnin depan.

“Sistem ini kemungkinan dilaksanakan sepenuhnya tahun depan, bergantung kepada kelulusan daripada kerajaan Arab Saudi,” katanya.

The post Imbasan awal jemaah haji di KLIA, tidak lagi di Jeddah appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Imbasan awal jemaah haji di KLIA, tidak lagi di Jeddah
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Imbasan awal jemaah haji di KLIA, tidak lagi di Jeddah"

Back To Top