Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin
BANGI, 22 Zulkaedah 1438H, Selasa – Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad masih akan meneruskan perjuangannya untuk menyuarakan kebenaran meskipun apa yang telah terjadi.
Menerusi sebuah video berdurasi 1.31 minit yang dimuat naik ke laman sosial, Bekas Perdana Menteri itu ketika ditanya samada beliau akan berhenti daripada menyatakan kebenaran, beliau menidakkan dan akan meneruskan seperti sedia kala.
“Saya akan cakap seperti biasa. Saya bila-bila pun I’m very frank. Saya cakap apa yang saya fikir benar. Saya tak peduli apa reaksi daripada orang. Kebenaran mesti disuarakan.
“Kalau tidak kemungkaran akan menguasai masyarakat kita. Kerana ada ramai yang takut menyatakan kebenaran, dan melindungi kemungkaran.
“Dengan itu, masyarakat akan hancur kerana kita tidak tahu apa yang berlaku di sekeliling kita,” katanya dalam video tersebut.
Pada masa sama, beliau turut mengambil kesempatan untuk menasihati Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) agar tidak lemah semangat selepas insiden yang berlaku.
“Saya ingin menasihat Armada bahawa memanglah dalam politik ada masa kita bersuka ria, ada masa kita hadapi cabaran dan keadaan yang tidak senang. Tapi ini tidak harus melemahkan semangat kita
“Kita mesti teruskan perjuangan kita ke arah kebaikan. Itu lah tugas anak muda kerana mereka akan mewarisi negara ini. Yang tua akan pergi, yang muda akan ganti,” katanya ringkas.
The post Insiden Nothing To Hide 2.0 tak lemahkan semangat Tun M appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Insiden Nothing To Hide 2.0 tak lemahkan semangat Tun M
0 Komentar untuk "Insiden Nothing To Hide 2.0 tak lemahkan semangat Tun M"