KUALA LUMPUR, 9 Zulhijjah 1438H, Khamis – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan cuti umum di seluruh negara pada Isnin, 4 September 2017.
Beliau berkata, cuti itu diberikan berikutan kejayaan Malaysia yang muncul sebagai juara Sukan SEA dengan rekod pungutan pingat emas.
“Kerana pencapaian kita yang luar biasa, sokongan rakyat berbilang kaum yang padu, pencapaian para atlet kita yang cemerlang, maka dengan ini bagi pihak kerajaan, saya mengumumkan cuti umum pada Isnin (4 September 2017),” katanya dalam ucapan ketika Majlis Penutup Tirai Temasya Sukan Sea 2017, di Stadium Nasional Bukit Jalil yang turut disiarkan secara langsung di televisyen dan dalam talian.
Malaysia mengakhiri sukan dwi-tahunan itu dengan muncul juara keseluruhan dengan kutipan 145 pingat emas melebihi sasaran 111.
The post Isnin cuti umum sempena kejayaan Malaysia di Sukan Sea 2017 appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Isnin cuti umum sempena kejayaan Malaysia di Sukan Sea 2017
0 Komentar untuk "Isnin cuti umum sempena kejayaan Malaysia di Sukan Sea 2017"