Gema Semua Maklumat

Jakim gesa lebih banyak masjid sertai #MerdekaQuranHour

Jakim gesa lebih banyak masjid sertai #MerdekaQuranHour

PUTRAJAYA, 6 Zulhijjah 1438H, Isnin – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menggesa lebih banyak masjid khususnya di sekitar Lembah Klang untuk turut sama terlibat dalam program #MerdekaQuranHour dan #WorldQuranHour.

Ketua Pengarahnya, Tan Sri Othman Mustapha berkata, program demikian adalah cara terbaik untuk umat Islam belajar , memahami dan menghayati kesucian serta keindahan al-Quran.

“Inilah kali pertama kita mengadakan #MerdekaQuranHour dalam sambutan Hari Kebangsaan yang ke-60 tahun, saya berharap jemaah masjid di sekitar Lembah Klang dapat mengambil bahagian,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Program #WorldQuranHour yang bakal berlangsung pada 31 Ogos ini atau bersamaan 9 Zulhijjah akan disambut bersama #MerdekaQuranHour bersempena Hari Kemerdekaan Negara ke-60.

Ia akan berlangsung pada jam 8.30 malam di Dataran Merdeka pada hari tersebut, serta di beberapa masjid terpilih di seluruh negara.

Othman berkata, Jakim turut meminta bantuan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) untuk mempromosikan #MerdekaQuranHour di kalangan umat Islam di bandar.

The post Jakim gesa lebih banyak masjid sertai #MerdekaQuranHour appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Jakim gesa lebih banyak masjid sertai #MerdekaQuranHour
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Jakim gesa lebih banyak masjid sertai #MerdekaQuranHour"

Back To Top