BANGLADESH, 6 Zulhijjah 1438H, Isnin – Sembilan puluh penduduk Rohingya yang diusir kerajaan Bangladesh telah kembali ke Myanmar, kata pihak berkuasa.
Agensi berita SBS melaporkan, polis Bangladesh memintas kumpulan itu selepas mereka menyeberangi zon sempadan ‘garis sifar’, kelmarin hanya beberapa jam selepas tentera Myanmar menembak kumpulan etnik minoriti itu.
“Mereka ditahan ketika berada empat kilometer di dalam wilayah Dhaka ketika cuba menuju ke kem pelarian Kutupalong yang menempatkan ribuan pelarian Rohingya dalam keadaan serba daif.
“Kesemua mereka ditahan sebelum diusir pulang ke Myanmar oleh pengawal sempadan,” kata Ketua Polis Tempatan, Abul Khaer.
Sebahagian daripada mereka yang diberkas memasuki Bangladesh melalui kawasan sempadan Ghumdhum.
“Mereka merayu kepada kami agar tidak dihantar semula ke Myanmar,” kata seorang anggota polis yang enggan identitinya didedahkan.
Difahamkan, 100,000 penduduk Rohingya kini berkumpul di sempadan dan cuba memasuki Bangladesh selepas pertempuran antara pemberontak dan tentera kerajaan Myammar. – Agensi
The post 90 penduduk Rohingya diusir kembali ke Myanmar appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di 90 penduduk Rohingya diusir kembali ke Myanmar
0 Komentar untuk "90 penduduk Rohingya diusir kembali ke Myanmar"