PETALING JAYA, 21 Zulkaedah 1438H, Isnin – Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan tuduhan bahawa orang partinya sendiri yang sengaja mencetuskan kekecohan ketika program Nothing To Hide 2.0, di Shah Alam, semalam.
Beliau berkata, tidak munasabah tuduhan-tuduhan seumpama itu dilemparkan kepada pihaknya.
“Takkan kita nak rancang buat kekecohan dalam program kita sendiri.
“Orang yang cakap macam tu mungkin ada sikit sewel. Kita anjurkan program dan sudah pasti mahukan ia berlangsung dengan baik, pada masa sama memberi peluang dan ruang kepada Tun Dr Mahathir Mohamad menjawab segala soalan penonton,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.
Beliau menjawab dakwaan Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunus mengenai insiden yang berlaku dalam program Nothing To Hide 2.0 adalah angkara orang dalam sendiri.
Beliau berkata, kejadian semalam itu adalah perbuatan pihak lain yang merancang awal.
“Jadi kami sebagai parti politik tidak ada kemahiran nak tahu orang baik atau orang jahat.
“Kami buat macam biasa dengan memastikan program berjalan lancar dan baik. Tapi, kalau ada pihak lain yang mahu cetuskan huru-hara, sudah pasti kami tak mampu nak kawal,” katanya.
Terdahulu, program Nothing To Hide 2.0 semalam dicemari dengan insiden baling kasut, kerusi, botol dan suar ketika sesi soal jawab bersama Mahathir.
The post Jamal mungkin sewel: Muhyiddin appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Jamal mungkin sewel: Muhyiddin

0 Komentar untuk "Jamal mungkin sewel: Muhyiddin"