Gema Semua Maklumat

Jemaah haji perlu waspada pakej murah

Jemaah haji perlu waspada pakej murah

KUALA LUMPUR, 21 Zulkaedah 1438H, Isnin – Orang ramai yang telah mendaftar menerusi mana-mana pakej yang ditawarkan selain daripada Tabung Haji, TH Travel & Services Sdn Bhd dan Perkhidmatan Pengelola Jemaah Haji, hendaklah membuat semakan di 125 cawangan Tabung Haji seluruh negara dan di laman web www.tabunghaji.gov.my.

Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, semakan itu perlu dibuat bagi mengelak ditipu oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Tahun lepas, masalah sama pernah berlaku di mana, mereka yang mengikuti pakej yang tidak sah atau tidak berdaftar dengan Tabung Haji mengalami masalah antaranya tidak mendapat apa-apa perkhidmatan dan kemudahan yang diberikan kami,” katanya yang dipetik daripada akhbar tempatan, hari ini.

Abdul Azeez berkata, antara masalah lain yang dihadapi adalah gagal mengeluarkan wang simpanan Tabung Haji dan mendapat rawatan kesihatan di hospital Tabung Haji sebagaimana dengan jemaah lain.

“Saringan keselamatan yang dikenakan pihak berkuasa Arab Saudi juga amat ketat dan tinggi, jadi bakal jemaah jangan mengambil mudah perkara ini.

“Pihak berkuasa akan mengenakan tindakan tegas kepada mereka yang melanggar peraturan dan menggunakan perkhidmatan yang tidak sepatutnya semasa musim haji ini,” katanya.

Justeru, beliau mengingatkan jemaah haji agar lebih berhati-hati dengan penawaran pakej haji dengan harga lebih rendah daripada yang sepatutnya.

The post Jemaah haji perlu waspada pakej murah appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Jemaah haji perlu waspada pakej murah
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Jemaah haji perlu waspada pakej murah"

Back To Top