KOTA BHARU, 12 Zulkaedah 1438H, Sabtu – Semua pihak termasuk individu dalam bidang perundangan diingatkan supata tidak membuat sebarang keputusan yang boleh mencabar kesabaran umat Islam di negara ini.
Pengarah Pusat Penyelidikan PAS (PPP), Dr Mohd Zuhdi Marzuki berkata, PPP telah melihat terlalu banyak keputusan dan tindakan pelbagai pihak termasuk keputusan yang dibuat oleh mahkamah sivil yang boleh menghilangkan kesabaran umat Islam termasuk isu ‘bin/binti Abdullah’.
“PPP melihat keputusan yang dibuat hakim-hakim mahkamah rayuan berkaitan isu ‘Bin Abdullah’ ini boleh menguji kesabaran umat Islam.
“PPP bimbang ada kelompok umat Islam yang akan memilih tidak menghormati mahkamah disebabkan mereka melihat Islam sudah tidak dihormati,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Pada masa sama, Zuhdi berharap penghormatan institusi Islam dan sensitiviti umatnya dapat dipelihara.
“Dalam isu seperti ini, sekiranya tidak ditangani secara berhemah boleh mencetuskan konflik yang menggugat kestabilan negara.
‘Keputusan dan tindakan yang berasaskan pendekatan konvensional secara membuta tuli menyebabkan ada pihak mengambil pendekatan konfrontasional,” katanya.
The post Jangan cabar kesabaran umat Islam: PAS appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Jangan cabar kesabaran umat Islam: PAS
0 Komentar untuk "Jangan cabar kesabaran umat Islam: PAS"