Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin
BANGI, 25 Zulkaedah 1438H, Jumaat – Satu kaji selidik yang dijalankan oleh Institut Darul Ehsan (IDE) secara konsisten mendapati Parti Amanah Negara (PAN) hanya mendapat 1 peratus sokongan daripada rakyat.
Pengarah Institut Kajian Analisis Politik Malaysia (MAPAN), Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata, dapatan kajian itu didedahkan sendiri oleh Naib Presiden merangkap Timbalan Naib Canselor (Pentadbiran, Perancangan & Jaringan Global) Unisel, Prof Dr Mohd Nor Nawawi semalam.
Menurut pendedahan itu, Prof Nawawi berkata, orang Melayu masih belum tertarik kepada PAN.
“Dari Pilihan Raya Kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar lagi kaji selidik ini telah dijalankan.
“PRK ini menunjukkan PAN memang tiada pengaruh di kalangan orang Melayu dan pada pandangan beliau PAN sewajarnya dibubarkan dan ahli-ahlinya masuk ke parti-parti yang lain.
“Saya rasa dengan dapatan kajian IDE ini, PAN perlu fikir semula mengenai kelangsungan perjuangan. Apakah perlu PAN wujud atau pun tidak dalam politik Malaysia,” kata Dr Kamarul ketika dihubungi Ismaweb.net hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata, dapatan kajian ini mungkin menjadi punca utama mengapa seperti kebelakangan ini
Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah dan Timbalan Presidennya, Datuk Seri Azmin Ali seolah berminat berunding dengan PAS bagi menjalinkan persefahaman politik dengan parti itu.
“Mungkin mereka dah diyakinkan dengan dapatan-dapatan kaji selidik ini bahawa memang PKR tak boleh ‘survive’ dengan hanya bergantung kepada PAN tanpa bekerjasama dengan PAS,” katanya.
Pada masa sama, Dr Kamarul berkata, dapatan kaji selidik ini juga menjadi satu ‘tamparan’ kepada Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram).
“Ini satu tamparan buat Ikram yang bersungguh-sungguh kononnya nak menggunakan PAN sebagai platform yang memperjuangkan Islam yang kononnya membawa rahmat kepada seluruh alam. Jadi ini menggambarkan kegagalan pemimpin Ikram,” katanya.
The post Kajian dapati hanya 1 peratus sokong PAN appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Kajian dapati hanya 1 peratus sokong PAN
0 Komentar untuk "Kajian dapati hanya 1 peratus sokong PAN"