Gema Semua Maklumat

Keamanan yang dicari: Haiyaaaa…. luluk liam-liam ma

Keamanan yang dicari: Haiyaaaa…. luluk liam-liam ma

JANGANLAH orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali.” (Surah Ali Imran ayat 28)

Kononnya, kaum Cina Malaysia hanya berkehendakkan kesederhanaan hidup yang aman damai dan tinggal dalam keadaan harmoni dengan bangsa Melayu, India serta kaum lain. Laporan sebuah akhbar tempatan berbahasa Inggeris  mengatakan:

Seperti yang lain, mereka berharap kerajaan dapat mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk mereka bekerja dan berniaga. Mereka mahukan peluang yang sama dan urus tadbir yang baik.

 

Walaupun, nenek moyang mereka datang dari China pada abad 19 dan 20 untuk membersihkan hutan bagi penanaman getah dan membuka lombong bijih timah, mereka tetap melihat diri mereka sebagai rakyat Malaysia. Mereka benci dipanggil pendatang dan berharap usaha mereka membina negara diiktiraf.

 

Sungguhpun selesa menjalankan perniagaan, Cina Malaysia juga mahu berkongsi kemahiran dalam mencipta kekayaan dengan kaum lain di negara ini.

 

Malah, Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) dan Dewan Perniagaan Malaysia-China mempelawa bukan Cina untuk menyertai mereka meneroka peluang menerusi One Belt One Road (OBOR).

 

Tetapi kenyataan tak bertapis sesetengah ahli politik menyebabkan timbul keresahan, sebagaimana yang dibentangkan dalam laporan mesyuarat tahunan ACCCIM dan persatuan Cina yang lain.

 

Bagaimanapun, usaha kerajaan sejak kebelakangan ini merayu pelabur dari negara komunis China dalam menggerakkan OBOR, memberi ‘rasa gembira’ kepada komuniti itu.

 

Bagi ahli perniagaan Cina, inisiatif OBOR yang akan merangkumi selama 30 tahun, menyediakan peluang sekali dalam seumur hidup untuk mereka memasuki sempadan baharu, mengembangkan perdagangan dan pelaburan.

 

Malah, Citi Reasearch menganggarkan Beijing akan mencurahkan RM400 bilion bagi pembinaan pelabuhan dan jalan kereta api di Malaysia.

 

Dan, faktor China ini kononnya telah membantu memulihkan imej MCA, setelah mereka melakukan banyak kerja lapangan untuk menarik China, tatkala pelabur Barat meninggalkan Malaysia berikutan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan beberapa kontroversi lain.

Demikian laporan akhbar itu turut yang menuduh banyak pihak, termasuk orang politik tidak memahami kehendak kaum Cina Malaysia.

Pedang tak nafikan semua manusia ingin hidup aman harmoni, terutama dalam sebuah negara berbilang bangsa seperti Malaysia. Malah, bangsa Melayu yang merupakan pribumi di negara ini juga mengharapkan kaum ‘pendatang’ supaya tinggal di sini baik-baik.

Sebagaimana mereka mahukan keamanan, keharmonian dan persekitaran yang kondusif bagi memudahkan peluang merebut kekayaan negara, begitu jugalah bangsa Melayu mahukan kaum Cina mematuhi peraturan yang terkandung dalam Perlembagaan dan kontrak sosial yang dipersetujui.

Keamanan, keharmonian, ketenteraman, kesentosaan, ketenangan, kesejahteraan atau apa saja perkataan yang seertinya dan persekitaran yang kondusif, boleh wujud jika tiada gangguan dalam masyarakat berbilang kaum.

Tetapi, sejak kebelakangan ini apa yang kaum Cina kafir lakukan? Apa yang parti anti-Islam MCA dan DAP serta pertubuhan kaum Cina Hokkien dan yang lain-lain, lakukan?

Sebab itu, Pedang tidak percaya kenyataan dalam akhbar berkenaan. Ia ditulis semata-mata untuk mengaburi mata bangsa pribumi, kononnya merekalah pejuang keamanan, mahukan hidup harmoni dan berkongsi kekayaan secara sama rata, dan kaum lain sering mencetuskan ketidakharmonian.

Sebaliknya, orang Cina kafir di Malaysia sudah menunjukkan taringnya enggan hidup aman damai seperti yang dikehendaki. Mereka sudah mula campur tangan hal ehwal agama orang lain, adat budaya orang lain.

Contoh terbesar ialah campur tangan dalam urusan agama Islam. Usaha memartabat dan memperkukuhkan institusi syariah dan undang-undang Islam, dipersoal dan dipertikai. Kononnya atas alasan hak asasi manusia. Bila umat Islam Palestin ditindas oleh rejim Zionis, Cina kafir ini diam.

Memang benar isu-isu besar itu tidak menjadi perbalahan secara terbuka, sebaliknya perkelahian hanya menerusi medan media sosial. Tetapi, itulah hakikatnya untuk menafikan kenyataan yang disiarkan dalam akhbar berkenaan semalam, yang kononnya, kaum Cina mahukan keamanan, hidup harmoni.

Jika kamu tidak menganggu kami, kami juga tidak menganggu kamu. Tapi, jika kami menjolok sarang tebuan, tebuan akan serang dan sengat kamu. Hak bangsa Melayu, hak umat Islam, jangan kamu pertikaikan. Tiada kaitan langsung dengan agama dan kaum kamu.

Pedang ingin ceritakan satu kisah benar yang berlaku di utara tanah air, baru-baru ini. Pedang puji dan sokong 100 peratus tindakan sesetengah petani yang tidak lagi menjual padi kepada sebuah kilang yang dimiliki oleh orang kafir, setelah mereka melihat tokong dibina di dalam kawasan kilang.

Setelah mencongak segala-galanya, petani itu berpendapat keuntungan diperoleh pengusaha kilang terbabit – hasil daripada padi yang dijual petani – telah membantu pembinaan tokong berkenaan. Jadi, mereka tidak mahu bersubahat dalam pembinaan tokong berkenaan, lantas menjual padi di kilang milik orang Melayu.

Kerap kali juga Pedang ingatkan rakan-rakan dan saudara mara dalam hal jual beli, wajib kita mengutamakan orang Islam, Biarpun, barang yang dijual mahal sedikit atau kedudukan kedainya jauh sedikit, sekurang-kurangnya peniaga Islam itu akan menggunakan keuntungannya untuk bersedekah membina masjid, madrasah tahfiz, membantu anak yatim atau mengeluarkan zakat.

Bertemu beberapa petani baru-baru ini pun, Pedang ingatkan mereka jangan jual padi kepada kilang orang kafir kerana sedikit sebanyak keuntungan itu akan diberi untuk pembinaan tokong.

Kalau kedai orang kafir sebelah rumah kita dan kedai orang Islam terletak satu kilometer, atau di kedai orang kafir harganya murah seringgit, masih wajib kita ke kedai orang Islam itu, masih wajib beli di kedai orang Islam yang mahal seringgit.

Sampaikanlah khabar berita kepada orang-orang munafik: bahawa sesungguhnya disediakan untuk mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya; (Iaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Tidaklah patut mereka (orang-orang munafik) mencari kekuatan dan kemuliaan di sisi orang-orang kafir itu, kerana sesungguhnya kekuatan dan kemuliaan itu semuanya ialah milik Allah, (diberikannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya).” (Surah An-Nisa’ ayat 138-139)

Kata Pedang: Umat Islam akan maju jika ada kesedaran berlandaskan Islam.

Penafian: Kata Pedang adalah segmen lidah pengarang Ismaweb.net. Pandangan yang diberikan dalam ruang Kata Pedang tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Islam dan Melayu sederhana.

 

 

The post Keamanan yang dicari: Haiyaaaa…. luluk liam-liam ma appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Keamanan yang dicari: Haiyaaaa…. luluk liam-liam ma
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Keamanan yang dicari: Haiyaaaa…. luluk liam-liam ma"

Back To Top