Gambar Reuters
BANGI, 29 Zulkaedah 1438H, Selasa – Malaysia, Singapura dan Selatan Thailand bakal berdepan jerebu yang teruk jika kebakaran di 23 wilayah di Indonesia gagal dikawal.
Malah, kebakaran tanah pertanian menyebabkan agensi bencana alam Indonesia mengisytiharkan enam wilayah di negara itu sebagai darurat negara.
Jurucakap agensi itu berkata, Sutopo Purwo Nugroho hari ini berkata, imej satelit menunjukkan 538 titik kebakaran di 23 wilayah, meningkat 160 berbanding awal bulan ini.
“Jumlah kebakaran pada musim kering ini meningkat melebihi 500 dan enam wilayah disiytiharkan darurat,” katanya.
Enam wilayah itu ialah Riau, Jambi, Sumatera Selatan, Kalimantan Barat, Kalimantan Tengah dan Kalimantan Selatan. Kecuali Jambi, Kalimantan Tengah dan Kalimantan Selatan, semua wilayah itu bersempadan dengan Malaysia dan Singapura.
Syarikat perladangan dan petani dikatakan sering melakukan pembakaran terbuka tanah pertanian mereka.
Sutopo bagaimanapun berkata, usaha menangani kebakaran itu menunjukkan kemajuan, tetapi tidak yakin ianya boleh dilakukan di seluruh Indonesia.
Pada 2015, 2.6 juta hektar tanah terbakar di Indonesia hingga menyebabkan jerebu teruk di Sumatera, Borneo, Singapura, Malaysia dan Selatan Thailand. – Agensi
The post Kebakaran: Tiga wilayah Indonesia bersempadan Malaysia diisytihar darurat appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Kebakaran: Tiga wilayah Indonesia bersempadan Malaysia diisytihar darurat
0 Komentar untuk "Kebakaran: Tiga wilayah Indonesia bersempadan Malaysia diisytihar darurat"