KUALA LUMPUR, 29 Zulkaedah 1438H, Selasa – Umat Islam di negara ini akan menyambut Aidiladha pada 1 September, Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja, Mohd Aseral Jusman mengumumkan malam ini.
“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka dengan ini saya mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijjah 1438 Hijrah ialah pada Rabu, 23 Ogos 2017.
“Oleh yang demikian, Hari Raya Korban (10 Zulhijjah) bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Jumaat, 1 September 2017,” katanya ketika mengumumkannya secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM), di sini hari ini. – Bernama
The post Umat Islam sambut Aidiladha 1 September appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Umat Islam sambut Aidiladha 1 September
0 Komentar untuk "Umat Islam sambut Aidiladha 1 September"