Gema Semua Maklumat

‘Kejadian lama untuk persalahkan saya’

‘Kejadian lama untuk persalahkan saya’

BANGI, 28 November 1438H, Selasa – Kita kini seolah-olah telah memasuki fasa baharu dalam usaha penyokong Datuk Seri Najib Razak memastikan tiada pembangkang dalam usahanya untuk berterusan menjadi Perdana Menteri, kata Tun Dr Mahathir Mohamad, hari ini.

Katanya, ketika forum Nothing to Hide 2.0 baru-baru ini, sekumpulan anak muda menghentikan program berkenaan dengan melakukan perbuatan ganas.

“Serta-merta pemimpin UMNO yang tidak hadir pada forum itu menuduh samseng-samseng berkenaan adalah ahli Angkatan Muda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Armada) yang menganjur program berkenaan.

“Jika benar, kenapa mereka melakukan rusuhan sedangkan adalah jelas forum berkenaan tidak memihak kepada Najib. Mereka melakukan rusuhan apabila tidak mendapat jawapan yang memihak kepada Najib.

“Adalah jelas mereka melakukan rusuhan untuk menghentikan forum berkenaan bagi melindungi Najib,” katanya.

Bekas Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun itu berkata, memandangkan mereka adalah kumpulan pro-Najib dan gagal dalam cubaan untuk memalukan beliau, tentunya mereka bukan daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan sayap Pemuda Armada.

Katanya, walaupun pemimpin UMNO menafikan kumpulan pengacau itu daripada parti berkenaan, hakikatnya mereka kekal sebagai penyokong Najib yang merupakan Presiden UMNO.

“Polis bebas untuk menyoal siasat pengajur. Tetapi Ketua Polis Negara tidak harus menggunakan bahasa yang mengancam mereka – bahasa yang menyiratkan penganjur bersalah kerana tidak mematuhi syarat polis.

“Sekiranya, polis mengesyaki bahawa penganjur terbabit dalam salah laku, mereka boleh dipanggil untuk disoal siasat,” katanya.

Dr Mahathir berkata, kejadian rusuhan itu dirakam dalam video, termasuk wajah mereka yang melakukannya, dan ini boleh membantu polis untuk mengenal pasti siapa perusuh serta apa yang mereka lakukan.

“Malaysia adalah negara Najib. Rakyat tidak lagi selamat dan aman. Saya kini menjadi ancaman kepada negara. Oleh itu, melihat kembali tiga dekad lalu dan mencetuskan semula jenayah yang boleh dipersalahkan kepada saya.

“Jika ini masih gagal mencapai matlamat untuk menyerang saya, maka kita akan melihat lebih banyak keganasan,” katanya.

Kekacauan Nothing to Hide 2.0 cubaan cederakan Tun Dr Mahathir

The post ‘Kejadian lama untuk persalahkan saya’ appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di ‘Kejadian lama untuk persalahkan saya’
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "‘Kejadian lama untuk persalahkan saya’"

Back To Top