ALOR SETAR, 29 Zulkaedah 1438H, Selasa – Pembantu jurutera Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah ditahan kerana disyaki terlibat dalam kegiatan pengubahan wang haram dan memiliki lebih RM1 juta dipercayai diperoleh daripada aktiviti haram.
Penahanan individu berusia 56 tahun itu disahkan oleh Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri, Datuk Mohd Fauzi Mohamad.
Beliau dalam satu kenyataan berkata, lelaki terbabit ditahan di pejabat suruhanjaya itu selepas dipanggil untuk memberi keterangan.
“Dia akan disiasat mengikut Seksyen 4 (1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Keganasan Anti Pembiayaan dan Perolehan Aktiviti Menyalahi Undang-Undang 2001.
“Kami sedang menyiasat penglibatannya dalam pengubahan wang haram dan pemilikan wang berkenaan,” katanya.
Pembantu jurutera terbabit akan didakwa di Mahkamah Alor Setar esok.
The post Pengubahan wang haram: Pembantu jurutera JPJ ditahan appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Pengubahan wang haram: Pembantu jurutera JPJ ditahan
0 Komentar untuk "Pengubahan wang haram: Pembantu jurutera JPJ ditahan"