Gema Semua Maklumat

Kerajaan perketat penguatkuasaan buru peniaga tak bayar GST

Kerajaan perketat penguatkuasaan buru peniaga tak bayar GST

BANGI, 29 Zulkaedah 1438H, Selasa – Kerajaan akan memperketatkan penguatkuasaan bagi mengesan peniaga yang cuba mengelak daripada membayar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Johari Abdul Ghani.

Jelas beliau, beberapa penambahbaikan akan dibuat untuk dengan memperketatkan aspek penguatkuasaan.

“Kita tidak akan ubah sistem ini tetapi kita akan perbaiki banyak benda agar ia lebih efisien, baik bagi kerajaan dan baik bagi generasi akan datang.

“Kita kena buat penguatkuasaan yang begitu teliti dari segi pembayaran GST kerana ada peniaga yang berdegil dan cuba lari daripada membayar GST sedangkan ia tidak adil buat peniaga dan rakyat yang membayar,” katanya.

Beliau berkata demikian mengulas tindakan segelintir pihak yang berterusan memainkan isu GST dan menabur janji akan memansuhkan GST, bagi meraih sokongan rakyat menjelang pilihan raya umum ke-14.

Terdahulu, Kastam memaklumkan peniaga yang tidak membayar GST tidak lagi dibenarkan ke luar negara. Mengikut Akta GST 2014, peniaga yang tidak membayar GST akan dilarang ke luar negara sehingga mereka menjelaskan tunggakan itu.

The post Kerajaan perketat penguatkuasaan buru peniaga tak bayar GST appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Kerajaan perketat penguatkuasaan buru peniaga tak bayar GST
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Kerajaan perketat penguatkuasaan buru peniaga tak bayar GST"

Back To Top