BARCELONA, 29 Zulkaedah 1438H, Selasa – Polis Sepanyol telah menembak dan membunuh Younes Abouyaaqoub, lelaki yang dikenal pasti sebagai pemandu van dalam serangan maut di Barcelona minggu lepas.
Menurut laporan agensi berita Al-Jazeera, polis telah menembak Abouyaaqoub berhampiran Subirats, barat Barcelona, pada petang Isnin selepas dimaklumkan mengenai kehadiran lelaki yang mencurigakan.
Pihak berkuasa memberi beberapa butir-butir segera mengenai kejadian itu, sambil memaklumkan suspek memakai tali pinggang bunuh diri.
Robot pelupusan bom turut dihantar untuk mendekati badan lelaki itu selepas ditembak, kata polis.
Khamis lalu, Abouyaaqoub menggunakan van telah merempuh pejalan kaki di persinggahan Las Ramblas yang terkenal di Barcelona, sehingga menyebabkan 13 orang terbunuh dan mencederakan lebih daripada 120 orang lain.
“Polis Katalan telah menembak mati Younes Abouyaaqoub, pemandu van dan pelaku langsung serangan itu,” kata Presiden Wilayah Catalonia, Carles Puigdemont kepada pemberita. – Agensi
The post Polis Sepanyol tembak mati pemandu rempuh pejalan kaki di Barcelona appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Polis Sepanyol tembak mati pemandu rempuh pejalan kaki di Barcelona
0 Komentar untuk "Polis Sepanyol tembak mati pemandu rempuh pejalan kaki di Barcelona"