Gema Semua Maklumat

Kerajaan tak berhasrat tubuh RCI siasat Felda, FGV

Kerajaan tak berhasrat tubuh RCI siasat Felda, FGV

KUALA LUMPUR, 16 Zulkaedah 1438H, Rabu – Kerajaan tidak bercadang menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat kemelut yang melanda FELDA dan anak syarikatnya, Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV).

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim berkata, belum ada keperluan untuk berbuat demikian buat masa ini dan tindakan perlu telah diambil bagi menangani isu-isu berbangkit.

Razali menjawab soalan yang dibangkitkan Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang yang meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyatakan bilakah RCI akan ditubuhkan untuk menyiasat secara terperinci kerugian berpuluh bilion ringgit di FGV dan FELDA, selain mengenalpasti mereka yang bertanggungjawab.

Terdahulu, kemelut FGV mendapat perhatian apabila bekas Pengerusi FGV, Tan Sri Isa Samad dan Lembaga Pengarahnya mengarahkan Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV Datuk Zakaria Arshad serta tiga pegawai pengurusan kanan FGV bercuti bermula 6 Jun lalu.

Tiga pegawai kanan itu ialah Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan FGV, Ahmad Tifli Mohd Talha, Pengurus Besar Kanan Delima Oil Products Sdn Bhd, Kamarzaman Karim dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV Trading, Ahmad Salman Omar.

Isa dilaporkan berkata arahan bercuti itu bagi membolehkan siasatan dalaman berhubung urus niaga FGV dan Safitex Trading LLC, sebuah syarikat Afghanistan.

The post Kerajaan tak berhasrat tubuh RCI siasat Felda, FGV appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Kerajaan tak berhasrat tubuh RCI siasat Felda, FGV
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Kerajaan tak berhasrat tubuh RCI siasat Felda, FGV"

Back To Top