Gema Semua Maklumat

Kesan terima rasuah sampai ke anak cucu

Kesan terima rasuah sampai ke anak cucu

KUANTAN, 24 Zulkaedah 1438H, Khamis – Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mengingatkan rakyat mengenai bahayanya rasuah, kerana meninggalkan kesan sehingga kepada anak cucu.

“Cuba ingat anak cucu. Tindakan menerima rasuah akan memberi kesan kepada keluarga,” katanya.

Beliau berkata demikian susulan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini menyita 10 juta tan bauksit di Kuantan untuk menghalangnya dijual dan mengatasi perlombongan haram galian berkenaan.

SPRM dilaporkan menahan seorang pegawai kanan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) serta 10 kakitangan PTG Pahang kerana disyaki bersekongkol dalam kegiatan perlombongan bauksit secara haram.

Titah Tengku Abdullah, baginda yakin SPRM mempunyai asas kukuh dan tindakan itu perlu menjadi pengajaran kepada pihak yang melakukan perlombongan haram.

Dalam masa sama, baginda turut menyatakan kekecewaannya terhadap pembabitan penjawat awam dalam perlombongan haram bauksit.

“Saya terkilan kerana ada antara ditangkap dan akan didakwa adalah dalam kalangan pegawai kerajaan khususnya Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Pahang,” katanya.

The post Kesan terima rasuah sampai ke anak cucu appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Kesan terima rasuah sampai ke anak cucu
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Kesan terima rasuah sampai ke anak cucu"

Back To Top