Gema Semua Maklumat

Ketepi pangkat, gelaran demi satukan ummah: Pemangku Raja Pahang

Ketepi pangkat, gelaran demi satukan ummah: Pemangku Raja Pahang

KUANTAN, 26 Zulkaedah 1438H, Sabtu – Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah hari ini menyeru pemimpin dan ilmuwan agar mengetepikan pangkat dan gelaran untuk sama-sama mencari jalan memajukan dan menyatukan umat Islam di negara ini.

Titah baginda, gelaran serta tahap pendidikan yang tinggi tidak akan bermakna jika tiada kesepakatan dalam masyarakat Melayu sendiri, sekali gus boleh menjejaskan agama Islam itu sendiri.

“Sewajarnya, ilmuwan dan ahli professional memainkan peranan mengikut kepakaran serta kebolehupayaan masing-masing dengan melakukan amal bakti, menyumbang tenaga dan buah fikiran demi perpaduan umat Islam di negara ini,” titah baginda ketika menyeumpurnakan majlis perasmian Multaqa Ilmuwan dan Profesional Pahang di sini, hari ini.

Majlis anjuran Majlis Dakwah Negara (MDN) dengan kerjasama Yayasan Pahang dan Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah itu disertai 250 oranga daripada pelbagai agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan.

Turut hadir Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob; Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang, Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan, Pengerusi MDN, Prof Emeritus Datuk Dr Mohmood Zuhdi Ab Majid.

Sementara itu, Mahmood Zuhdi ketika ditemui, berkata penganjuran majlis itu adalah bagi merangka pelan strategik dalam tiga aspek utama iaitu pendidikan, ekonomi dan sosiobudaya untuk kesejahteraan rakyat di Pahang.

“Melalui penganjuran ini, kita harap dapat mengumpul idea bernas ke arah memangkin kelestarian dakwah dan pembangunan ummah di Pahang.

“Semua cadangan atau rumusan daripada majlis ini diharapkan dapat menjadi rangka kerja bersepadu ke arah pembinaan masyarakat seimbang dan berdaya saing pada masa akan datang,” katanya, menambah Pahang merupakan negeri ketujuh yang mengadakan multaqa berkenaan selepas Kuala Lumpur, Selangor, Kelantan, Terengganu, Kedah dan Pulau Pinang. – Bernama

The post Ketepi pangkat, gelaran demi satukan ummah: Pemangku Raja Pahang appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Ketepi pangkat, gelaran demi satukan ummah: Pemangku Raja Pahang
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Ketepi pangkat, gelaran demi satukan ummah: Pemangku Raja Pahang"

Back To Top