Gema Semua Maklumat

Kiblat baharu Najib musuh nombor satu Melayu, bukan Dr Mahathir

Kiblat baharu Najib musuh nombor satu Melayu, bukan Dr Mahathir

BANGI, 26 Zulkaedah 1438H, Sabtu – Tindakan Datuk Seri Najib Razak telah menjadikan wang ringgit atau ‘cash is king’ sebagai kiblat baharu, menyebabkan maruah bangsa Melayu tergadai.

Sebaliknya, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah berusaha membangunkan bangsa Melayu, berjaya mengindustrikan orang Melayu, dan mengangkat martabat dan maruah orang Melayu di persada dunia.

Bangsa yang buat suatu ketika dijajah, sekarang berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan pemimpin pemimpin dunia yang lain. Itu berlaku di bawah kepimpinan Tun Dr Mahathir, kata Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Armada), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, dalam satu kenyataan.

Malang dan amat sedih sekali katanya, ‘cash is king’ telah menggadai maruah bangsa Melayu kerana rasuah, sehingga menggadai aset strategik negara kepada komunis China.

“Cash is King menggadaikan kepentingan orang Melayu dengan memberikan kontrak-kontrak mega kepada komunis China sambil kita tanggung hutang berbilion ringgit.

“Cash is King menggadaikan masa depan anak muda Melayu yang ditekan dengan peningkatan kos sara hidup yang tidak terkawal, terutamanya apabila banyak biasiswa ditamatkan kerana kerakusan pemimpin Cash is King,” katanya mengulas kenyataan Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun yang menyifatkan Dr Mahathiur sebagai musuh utama Melayu kerana berusaha menghapuskan UMNO.

Beliau berkata, adalah tidak masuk akal apabila melabelkan Dr Mahathir sebagai musuh nombor satu Melayu, sedangkan beliau dulunya adalah seorang ultra Melayu.

The post Kiblat baharu Najib musuh nombor satu Melayu, bukan Dr Mahathir appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Kiblat baharu Najib musuh nombor satu Melayu, bukan Dr Mahathir
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Kiblat baharu Najib musuh nombor satu Melayu, bukan Dr Mahathir"

Back To Top