Gema Semua Maklumat

Korea utara lancar misil ke Jepun

Korea utara lancar misil ke Jepun

PYONGYANG, 7 Zulhijjah 1438H, Selasa – Korea Utara melancarkan peluru berpandu dari Pyongyang ke arah utara Jepun pada awal Selasa.

Dalam kejadian pada jam 6 pagi itu, peluru berpandu berkenaan yang melintasi ruang udara Jepun dilaporkan jatuh ke laut berhampiran Hokkaido.

Bagaimanapun tiada usaha dilakukan oleh Jepun untuk menembak jatuh peluru berpandu yang dilancarkan dari wilayah Sunan berdekatan Pyongyang oleh rejim negara itu.

Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe mengecam serangan oleh rejim itu, dan menyifatkan ia sebagai ancaman paling serius terhadap negara berkenaan.

Sementara itu, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump memberi amaran terhadap ancaman yang dibuat oleh Korea Utara itu.

“Dunia telah menerima mesej terbaru Korea Utara dengan kuat dan jelas. Rejim ini telah menandakan penghinaan terhadap negara-negar jirannya, bagi semua anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB),” katanya dalam satu kenyataan.

Februari lalu, Korea Utara telah melancarkan sebuah peluru berpandu balikstik dipercayai tindakan provokasi untuk menguji tindak balas daripada Trump.

Kementerian Pertahanan Korea Selatan berkata, ujian tersebut dipercayai bertujuan menarik perhatian dunia kepada Korea Utara tentang kemampuan mereka dalam membangunkan senjata nuklear dan peluru berpandu jarak jauh.

Selain itu, ia dipercayai merupakan provokasi bersenjata untuk menguji tindak balas daripada pentadbiran baharu AS di bawah kepimpinan Trump.- Agensi

The post Korea utara lancar misil ke Jepun appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Korea utara lancar misil ke Jepun
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Korea utara lancar misil ke Jepun"

Back To Top