Gema Semua Maklumat

KP Jabatan Perumahan Negara meninggal dunia

KP Jabatan Perumahan Negara meninggal dunia

BANGI, 24 Zulkaedah 1438H, Khamis – Ketua Pengarah Jabatan Perumahan Negara, Datuk Abd Rahim Ishak, kembali ke rahmatullah kira-kira jam 3 pagi tadi.

Beliau berusia 55 tahun mengadu sakit dada serta tidak dapat tidur awal pagi tadi dan memandu serta mendaftar masuk sendiri ke Pusat Perubatan Nilai.

Kemudian beliau tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia kira-kira jam 3 pagi.

Jenazah Allahyarham kini ditempatkan di Hospital Serdang bagi tujuan bedah siasat dan jenazah akan dimandikan serta diuruskan di surau Seksyen 6 Bukit Mahkota.

Semalam, Abd Rahim menghadiri majlis pecah tanah Projek Perumahan Rakyat (PPR) Ampar Tenang, Dengkil yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Abdul Rahim dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Perumahan Negara pada 16 Jun 2016 dan pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Bahagian Kanan, Bahagian Kewangan, Jabatan Perdana Menteri.

Beliau juga pernah menjadi Pengarah, Bahagian Awam, Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM).

The post KP Jabatan Perumahan Negara meninggal dunia appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di KP Jabatan Perumahan Negara meninggal dunia
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "KP Jabatan Perumahan Negara meninggal dunia"

Back To Top