Gema Semua Maklumat

Buli: Polis bebaskan 26 pelajar kolej vokasional

Buli: Polis bebaskan 26 pelajar kolej vokasional

KUALA TERENGGANU, 24 Zulkaedah 1438H, Khamis – Polis membebaskan 26 pelajar yang direman kerana dipercayai terlibat dalam kejadian buli membabitkan tiga mangsa di sebuah kolej vokasional di Kuala Nerus, minggu lepas.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Idris Abd Rafar berkata, kesemua suspek berusia antara 16 hingga 17 tahun itu dibebaskan dengan jaminan polis, sementara menunggu arahan daripada pihak Timbalan Pendakwa Raya.

Jelas beliau, tempoh reman semua suspek tamat pada Sabtu lalu, sebelum mahkamah membenarkan ia disambung tiga hari lagi sehingga semalam bagi membolehkan siasatan lanjut mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

“Kertas siasatan kes berkenaan telah kita serahkan kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya untuk proses seterusnya,” katanya ketika dihubungi akhbar tempatan.

Kesemua pelajar terbabit dipercayai terlibat membuli tiga pelajar iaitu dua pelajar tahun satu dan seorang tahun dua di kolej berkenaan.

Dalam kejadian 1.30 pagi, dua pelajar tahun satu yang berusia 16 tahun, mendakwa mengalami kecederaan di beberapa anggota badan setelah dipukul oleh beberapa pelajar senior.

Satu lagi kes membabitkan pelajar tahun dua berusia 17 tahun yang mendakwa dipukul oleh kumpulan pelajar yang sama ketika berada di surau, sebelum dipukul sekali lagi di asrama kolej kira-kira sejam pada hari sama.

The post Buli: Polis bebaskan 26 pelajar kolej vokasional appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Buli: Polis bebaskan 26 pelajar kolej vokasional
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Buli: Polis bebaskan 26 pelajar kolej vokasional"

Back To Top