SRINAGAR, 5 Zulhijjah 1438H, Ahad – Empat anggota polis dan empat separa tentera India terbunuh dalam serangan pejuang Islam ke atas kompleks polis di selatan Kashmir dalam wilayah ditadbir New Delhi, semalam.
Serangan bermula kira-kira jam 4 pagi apabila pejuang Fidayeen menggempur kompleks polis yang dikawal ketat di Pulwama, 35 kilometer dari Srinagar.
Penduduk tempatan berkata, mereka dikejutkan dengan bunyi tembakan raifal pada awal pagi.
“Kebanyakan kami sedang tidur apabila terbangun selepas mendengar tembakan senjata api disusuli letupan bom. Kami menyangka ia akan berakhir, tetapi semakin berterusan,” kata penduduk.
Pegawai India memberitahu, anggota pejuang memasuki kawasan kompleks polis, yang turut menempatkan kuarters kediaman
Dalam serangan sengit itu, empat anggota polis dan empat anggota separa tentera maut, manakala empat lagi cedera. Kami juga menemui dua mayat pejuang yang kelihatan seperti orang asing, kata Ketua Polis, Shesh Paul Vaid.
Polis India percaya serangan itu dilakukan oleh tiga atau empat individu. Serangan itu turut mencetuskan protes daripada penduduk Pulwama yang bersimpati dengan pejuang dan mereka bertindak membaling batu ke arah polis.
Serangan ke atas kompleks polis itu berlaku tatkala tentera India melancarkan tindak balas di wilayah selatan Kashmir, yang menjadi pusat baharu gerakan pejuang pemisah. Lebih 130 anggota kumpulan pemisah dibunuh oleh tentera India tahun ini.
Serangan ke atas kompleks polis itu adalah yang terbaharu selepas, kumpulan pemisah menggempur pangkalan tentera India di Uri, September tahun lalu yang menyebabkan 18 askar terbunuh.
Kumpulan pejuang dan pemisah menentang pentadbiran India di wilayah itu sejak 1989. Hampir 70,000 orang terbunuh selepas tentera India bertindak balas untuk mematahkan gerakan pemisah itu. – Agensi
The post Lapan anggota keselamatan India maut bertempur dengan pejuang appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Lapan anggota keselamatan India maut bertempur dengan pejuang
0 Komentar untuk "Lapan anggota keselamatan India maut bertempur dengan pejuang"