Gema Semua Maklumat

Malaysia ke final bola sepak Sukan SEA tundukkan Indonesia 1-0

Malaysia ke final bola sepak Sukan SEA tundukkan Indonesia 1-0

SHAH ALAM, 4 Zulhijjah 1438H, Sabtu – Malaysia menempah tiket ke perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017), selepas menundukkan musuh tradisi Indonesia 1-0 di Stadium Shah Alam, sebentar tadi.

Tandukan penyerang skuad bawah 22 tahun negara, N Thanabalan, membawa Malaysia bertemu Thailand yang menewaskan Myanmar, juga dengan 1-0 pada satu lagi aksi separuh akhir petang tadi.

Jaringan tunggal perlawanan yang ditunggu-tunggu rakyat Malaysia itu muncul pada minit ke-86 apabila Thanabalan yang menerima sepakan sudut Syazwan Andik Mohd Ishak, dengan baik menanduk masuk bola ke gawang Indonesia.

Perlawanan agak perlahan pada aksi separuh masa pertama, namun sesekali penjaga gawang kedua-dua pasukan diuji dengan cubaan oleh penyerang masing-masing.

Cubaan terbaik skuad Harimau Malaya hadir pada minit ke-20 apabila sepakan lencong Safawi Rasid yang mengambil tendangan sudut namun, ditepis penjaga gol Indonesia, Satria Tama Hardiyanto.

Penjaga gol negara, Haziq Nadzli turut diuji pada minit ke-33 menerusi sepakan percuma Septian David Maulana.

The post Malaysia ke final bola sepak Sukan SEA tundukkan Indonesia 1-0 appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Malaysia ke final bola sepak Sukan SEA tundukkan Indonesia 1-0
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Malaysia ke final bola sepak Sukan SEA tundukkan Indonesia 1-0"

Back To Top