MANAMA, 1 Zulhijjah 1438H, Rabu – Lebih 440 rakyat Qatar mula menyeberangi sempadan Salwa untuk memasuki Arab Saudi dan menuju ke Makkah bagi melaksanakan ibadah haji tahun ini.
Sempadan itu ditutup pada 5 Jun lalu susulan krisis diplomatik yang tercetus apabila Arab Saudi, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Bahrain dan Mesir memutuskan hubungan dan perdagangan dengan Qatar.
Arab Saudi dan sekutunya yang mendakwa Qatar menyokong keganasan dan rapat dengan Iran menutup ruang udara, maritim dan darat yang menghubungkan dengan Qatar dan mengenakan sekatan ekonomi.
Bagaimanapun, sempadan yang menghubungkan Qatar-Arab Saudi itu dibuka semula minggu lalu selepas Raja Salman Abdul Aziz Al Saud dan Putera Mahkota Mohammad Salman menerima utusan dari Doha.
“Bilangan jemaah Qatar setakat jam 5 petang pada Isnin telah mencapai 443 orang,” kata penasihat Raja Salman, Putera Khalid Al Faisal.
Dalam perkembangan lain Khalid berkata, jumlah jemaah haji yang telah tiba di Arab Saudi setakat petang Isnin lalu mencecah 1,207,000 orang.
Katanya, beliau menjangkakan lebih 2 juta umat Islam akan melaksanakan haji pada tahun ini, dengan peningkatan 11 peratus berbanding sebelumnya.- Agensi
The post Lebih 440 jemaah haji Qatar tiba di Arab Saudi appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Lebih 440 jemaah haji Qatar tiba di Arab Saudi
0 Komentar untuk "Lebih 440 jemaah haji Qatar tiba di Arab Saudi"