KUALA LUMPUR, 1 Zulhijjah 1438H, Rabu – Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan persaraannya bulan depan.
Mengetuai pasukan keselamatan itu selama empat tahun katanya, jawatan yang disandang akan diisi timbalannya, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim.
“Buat masa ini, timbalan ketua polis negara akan ambil alih. Tempoh jawatan saya tamat pada usia 60 tahun,” katanya dipetik portal liberal.
Khalid mula menyertai pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan pangkat inspektor di Pusat Latihan Polis, Kuala Lumpur pada 5 Disember 1976.
Berbekalkan ketegasan dan kepimpinan yang dimiliki, beliau diberi kepercayaan untuk memegang pelbagai jawatan penting sebelum dilantik sebagai Ketua Polis Negara pada 17 Mei 2013.
The post Khalid sah bersara bulan depan appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Khalid sah bersara bulan depan
0 Komentar untuk "Khalid sah bersara bulan depan"