MANSYIYEH (Jordan), 22 Zulkaedah 1438H, Selasa – Lebih setengah juta kanak-kanak pelarian Syria tidak bersekolah dan menerima pendidikan tidak formal di negara-negara tuan rumah termasuk Jordan, Lubnan, Turki, Iraq serta Mesir.
Memetik Gulfnews, kesemua kanak-kanak pelarian terbabit sepatutnya mendaftar untuk menerima pendidikan formal sebagaimana ikrar yang dibuat 18 bulan lalu oleh negara-negara dan organisasi antarabangsa pada persidangan khas Syria di London.
Portal berkenaan berkata, negara-negara terlibat dalam persidangan itu menjanjikan beratus-ratus juta dolar untuk disumbangkan kepada kanak-kanak pelarian bagi memenuhi sasaran pendidikan dan bantuan kecemasan jangka panjang susulan konflik saudara yang berlaku di Syria.
Bagaimanapun, bantuan terhadap Syria dibelenggu oleh kekurangan dana yang berterusan berikutan negara penderma berdepan krisi global yang bersaing.
Bantuan yang diuruskan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebanyak AS$8 bilion untuk 2017 – AS$3.4 bilion untuk Syria, dan AS$4.6 bilion untuk negara tuan rumah – hanya 25 peratus yang dibiayai menjelang Julai, menurut angka PBB.
“Jika kami membiayai sepenuhnya… lebih ramai kanak-kanak akan kembali bersekolah,” kata jurucakap UNICEF, Juliette Touma.
Touma berkata, kekurangan dana menjadi punca kepada kanak-kanak pelarian tidak mendapat pendidikan. Malah, ia mendorong kanak-kanak lelaki bekerja dan yang perempuan berkahwin awal.- Agensi
The post Lebih setengah juta kanak-kanak pelarian Syria tidak sekolah appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Lebih setengah juta kanak-kanak pelarian Syria tidak sekolah
0 Komentar untuk "Lebih setengah juta kanak-kanak pelarian Syria tidak sekolah"