Gema Semua Maklumat

Tentera Filipina bunuh komander Abu Sayyaf

Tentera Filipina bunuh komander Abu Sayyaf

Gambar hiasan

MANILA, 22 Zulkaedah 1438H, Selasa – Pasukan tentera Filipina dilaporkan membunuh seorang komander kumpulan pengganas, Abu Sayyaf yang disyaki menculik dan menyerang beberapa kapal milik warga asing.

Komander Pasukan Petugas Antikeganasan, Brigadier General Cirilito Sobejana berkata, kejadian berlaku ketika pasukan tentera meronda di perairan Pulau Jolo, kira-kira 1,000 kilometer di selatan Manila, kemudian bertembung dengan kumpulan Abu Sayyaf menaiki sebuah bot kayu.

Jelasnya, kumpulan militan itu diketuai Badong Muktadil, seorang komander yang dikehendaki pihak berkuasa Filipina kerana menculik, membunuh dan menyerang warga asing yang menaiki kapal di sempadan maritim dengan Malaysia.

“Kematian Badong akan melemahkan militan Abu Sayyaf, terutamanya melibatkan aktiviti penculikan dan keganasan mereka,” katanya.

Antara serangan melibatkan kumpulan yang diketuai Badong adalah penculikan enam kru kapal kargo Vietnam pada Februari lalu..

Abu Sayyaf dipercayai masih menahan kira-kira 20 tebusan, termasuk 14 orang asing, di Jolo dan wilayah Basilan. – Agensi

The post Tentera Filipina bunuh komander Abu Sayyaf appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Tentera Filipina bunuh komander Abu Sayyaf
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Tentera Filipina bunuh komander Abu Sayyaf"

Back To Top