RUSSIA, 1 Zulhijjah 1438H, Rabu – Lebih kurang seminggu lagi hari menyambut hari kemerdekaan, lima pendaki Malaysia merakamkan detik bersejarah apabila berjaya mengibarkan Jalur Gemilang di puncak Gunung Elbrus, Russia.
Ekspedisi Merdeka Gunung Elbrus 2017 itu diketuai Presiden Kelab Jelajah Alpine, Muhammad Illaham Ishak serta Mohamad Ashaziq Abu Bakar, Zamri Jamingan, Mohd Nizam Aman dan Mafeitzeral Mamat.
Illaham berkata, mereka berjaya menawan gunung setinggi 5,642 meter (m) itu pada jam 11 pagi waktu tempatan (4 petang waktu Malaysia), semalam.
“Kami bertolak kira-kira 2 pagi waktu Russia (7 pagi waktu Malaysia) dengan cuaca sejuk sehingga mencecah 25 darjah Celsius selain angin yang kuat menyukarkan pendakian awal.
“Perjalanan kali ini sangat jauh kerana kami perlu bermula di ketinggian 4,700 m. Namun semua peserta mempunyai pengalaman untuk melawan angin kencang sehingga dapat sampai ke puncak.. Alhamdulillah,” katanya yang dipetik daripada Harian Metro hari ini.
Peserta ekspedisi ini memulakan perjalanan mereka sempena sambutan Hari Kebangsaan sekali gus mempromosikan kempen mengutip dana bagi Aman Palestin untuk membiayai projek pembinaan sumber air bersih di Syria.
The post Lima pendaki Malaysia kibar Jalur Gemilang di puncak Gunung Elbrus appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Lima pendaki Malaysia kibar Jalur Gemilang di puncak Gunung Elbrus
0 Komentar untuk "Lima pendaki Malaysia kibar Jalur Gemilang di puncak Gunung Elbrus"