Gema Semua Maklumat

Malaysia desak Suu Kyi tangani isu Rohingya, pulih imej negara

Malaysia desak Suu Kyi tangani isu Rohingya, pulih imej negara

BAGAN DATUK, 7 Zulhijjah 1438H, Selasa – Malaysia mendesak pemimpin Myanmar, Aung San Suu Kyii menangani isu penindasan terhadap etnik minoriti Islam Rohingya, sekali gus mengambil langkah memulihkan imej negara itu.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Suu Kyi perlu mengambil langkah untuk memulihkan ketenteraman dan membersihkan namanya berikutan isu penindasan rejim terhadap muslim Rohingya di Rakhine.

“Masyarakat antarabangsa telah berkali-kali memberikan amaran kepada Myanmar malah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) serta Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC) turutu memberi bantuan.

“Tetapi keadaan sama tetap berulang dan saya harap perkara ini segera ditanggani tanpa melibatkan soal agama dan politik kerana ia adalah isu kemanusiaan,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Katanya, Malaysia tidak mahu terus menjadi negara penerima kebanjiran pelarian Rohingya apabila tercetus pergolakan melibatkan etnik itu di Myanmar.

“Kerana itu, kita bekerjasama dengan UNHCR supaya kad-kad UNHCR ini tidak sewenang-wenangnya diberikan kepada mereka.

“Ini kerana kita tidak mahu Malaysia menanggung masalah sosial dan politik negara tersebut dengan dibebani kebanjiran pelarian Rohingya,” katanya.

The post Malaysia desak Suu Kyi tangani isu Rohingya, pulih imej negara appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Malaysia desak Suu Kyi tangani isu Rohingya, pulih imej negara
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Malaysia desak Suu Kyi tangani isu Rohingya, pulih imej negara"

Back To Top