KOTA KINABALU, 19 Zulkaedah 1438H, Sabtu – Kerajaan mengambil inisiatif dengan beberapa lagi negara ASEAN bagi mengekang penularan aktiviti militan termasuk Daesh.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, langkah itu perlu kerana Daesh kini menjadi ancaman terbesar yang dihadapi negara ini serta negara Asia lain secara umum.
“Apa yang berlaku di Marawi membimbangkan kita kerana ini kali pertama bendera Daesh atau IS dikibarkan wilayah ASEAN. Sebagai langkah pencegahan, kita melaksanakan inisiatif rondaan maritim tiga negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Filipina bagi memastikan tiada militan menggunakan Laut Sulu masuk ke negara kita.
“Ketika perbincangan dengan tiga negara itu, kita juga melihat mengenai kemungkinan untuk mengembangkannya ke negara ASEAN lain khususnya yang dekat dengan kita seperti Brunei dan Singapura,” katanya.
Jelas Hishammuddin, bagi kerjasama dengan Filipina dan Indonesia, inisiatif rondaan udara bersama di Laut Sulu akan dilancarkan di Subang dalam masa terdekat selepas ketiga-tiga pihak, khususnya Filipina yang kini berdepan dengan krisis Marawi sudah bersedia.
Malaysia ketika ini dalam proses perbincangan dengan Jepun untuk mendapatkan pesawat P3 Orion bagi tujuan rondaan udara di kawasan terbabit.
The post Malaysia perluas kerjasama dalam ASEAN tangani Daesh appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Malaysia perluas kerjasama dalam ASEAN tangani Daesh
0 Komentar untuk "Malaysia perluas kerjasama dalam ASEAN tangani Daesh"