YANGON, 21 Zulkaedah 1438H, Isnin – Myanmar dilapor telah mengisytiharkan perintah berkurung baharu di Rakhine yang didiami lebih sejuta penduduk Islam Rohingya.
Langkah itu dikuatkuasakan di kawasan tertentu selepas tentera mengerah ratusan anggota ke negeri utara tersebut untuk tujuan ‘operasi pembersihan’.
Pengisytiharan perintah berkurung itu juga dibuat seminggu selepas insiden penemuan tujuh mayat penduduk Buddha di Maungdaw.
Penduduk Islam di kawasan itu berkata, masyarakat kampung di Rathidaung tidak berani untuk keluar dari rumah.
“Semua takut dan bimbang insiden keganasan pada tahun lalu berulang,” katanya.
Jumaat lalu, satu laporan mendedahkan, Tatmadaw telah menghantar kira-kira 500 anggota ke beberapa bandar termasuk Buthidaung dan Maungdaw berhampiran sempadan Bangladesh.
Seorang jurucakap yang enggan identitinya didedahkan, batalion dengan ratusan tentera dari tengah Myanmar telah dikerahkan ke jajaran Gunung Mayu.
Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu dalam satu kenyataan turut menyuarakan kebimbangan terhadap tindakan tersebut yang dikhuatiri akan menyebabkan penindasan lebih buruk ke atas etnik Rohingya. – Agensi
The post Myanmar isytihar perintah berkurung Rohingya appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Myanmar isytihar perintah berkurung Rohingya
0 Komentar untuk "Myanmar isytihar perintah berkurung Rohingya"