KAHERAH, 21 Zulkaedah 1438H, Isnin – Ketua agensi kereta api Mesir dilaporkan meletak jawatan susulan nahas yang menyebabkan 41 orang maut dan puluhan yang lain cedera di Alexendria, Jumaat lalu.
Menteri Pengangkutan, Hisham Arafat dalam satu kenyataan mengesahkan berhubung peletakan jawatan Medhat Shousha.
Menurutnya, siasatan mengenai nahas dua kereta api bertembung itu sedang dijalankan bagi mengetahui punca kemalangan berlaku.
Dalam kejadian yang berlaku Jumaat lalu, sebuah kereta api berlepas dari Pelabuhan Said, manakala sebuah lagi dari Kaherah, bertembung tidak jauh dari stesen Khorshid, menyebabkan beberapa gerabak terkeluar dari landasan.
Sementara itu, empat orang ditahan semalam termasuk pemandu dua kereta api terbabit atas arahan pihak pendakwaan.
Malah, 10 orang pegawai turut disoal siasat oleh pihak berkenaan berhubung kemalangan itu.- Agensi
The post Ketua agensi kereta api Mesir letak jawatan appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Ketua agensi kereta api Mesir letak jawatan
0 Komentar untuk "Ketua agensi kereta api Mesir letak jawatan"