BANGI, 21 Zulkaedah 1438H, Isnin – Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyifatan kekasaran terhadap mana-mana individu atau tokoh sebagaimana insiden dalam program Nothing to Hide 2.0 semalam, tidak seharusnya berlaku dalam sebuah negara demokrasi.
Timbalan Perdana Menteri itu berkata, beliau berharap demokrasi dapat diterjemahkan dengan sebaiknya di negara ini, meskipun berbeza pendapat.
“Saya sangat sedih dengan kejadian yang berlaku ketika forum berkenaan,” katanya kepada pemberita, hari ini.
Beliau mengulas cubaan mencederakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada program di Dewan Raja Muda Musa Ahah Alam, semalam, yang terpaksa dihentikan serta-merta selepas sesi soal jawab bertukar kecoh.
Susulan kejadian itu, tiga remaja lelaki berusia antara 17, 18 dan 19 tahun ditangkap dan direman empat hari sehingga 17 Ogos ini bagi membantu siasatan berhubung kekecohan itu.
Turut mengulas insiden sama, Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim dalam satu kenyataan mendesak supaya satu siasatan terperinci dilakukan terhadap kejadian itu bagi mengelakkan ia berulang.
“PAS mengajak seluruh pimpinan politik dan rakyat agar melakukan perubahan pendekatan politik yang lebih matang, selaras dengan perkembangan dan kemajuan negara.
“Politik cerca, maki hamun, fitnah dan provokasi sangat tidak sesuai dengan budaya dan iklim masyarakat Malaysia. Pembinaan politik lebih matang perlu dilaksanakan,” katanya.
The post Nothing to Hide 2.0: Kekecohan tak patut berlaku appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Nothing to Hide 2.0: Kekecohan tak patut berlaku
0 Komentar untuk "Nothing to Hide 2.0: Kekecohan tak patut berlaku"