Gema Semua Maklumat

Nothing to Hide 2.0: Tiga remaja direman empat hari

Nothing to Hide 2.0: Tiga remaja direman empat hari

Sumber foto: Kosmo

SHAH ALAM, 21 Zulkaedah 1438H, Isnin – Tiga remaja direman selama empat hari bermula hari ini ekoran insiden kekecohan program Nothing to Hide 2.0 di Shah Alam, semalam.

Majistret Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin mengeluarkan perintah tahanan reman ke atas tiga individu berusia 17 hingga 19 tahun itu.

Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 15 (2) (d) Akta Perhimpunan Aman 2012, Seksyen 153, Seksyen 153 Kanun Keseksaan melakukan provokasi dengan niat menyebabkan rusuhan dan Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.

Semalam, program Nothing To Hide 2.0 yang pada awalnya berlangsung dengan baik terpaksa disuraikan awal ekoran insiden balingan suar, botol air, kasut dan kerusi yang dituju kepada Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Susulan kejadian itu, tiga remaja berusia 17 hingga 19 tahun ditahan oleh orang awam sebelum diserahkan kepada pihak polis.

The post Nothing to Hide 2.0: Tiga remaja direman empat hari appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Nothing to Hide 2.0: Tiga remaja direman empat hari
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Nothing to Hide 2.0: Tiga remaja direman empat hari"

Back To Top