Gema Semua Maklumat

UNESCO yakin Aleppo boleh dibina semula

UNESCO yakin Aleppo boleh dibina semula

ALEPPO, 13 Zulkaedah 1438H, Ahad – Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) yakin Old City di Aleppo boleh dibina semula sebagaimana sebelum perang saudara di Syria sebelum ini.

Penyelaras program bersekutu UNESCO di Aleppo, Mazen Samman berkata, visi badan itu adalah untuk membina semula Old City sama seperti sebelum perang di negara itu, dengan mengekalkan strukturnya.

Katanya, terdapat beberapa perancangan terperinci diatur untuk memulihkan dan membina semula masjid-masjid, tembok dan pasar.

Pertempuran di Aleppo berakhir pada Disember lalu, sekali gus meneruskan usaha memulihkan salah satu bandar yang tertua di Timur Tengah.

Samman berkata, PBB dan agensi dibawahnya komited untuk memelihara dan memulihkan warisan Syria, tetapi ia juga bergantung kepada usaha negara itu.

Katanya, ia memerlukan usaha kerajaan tempatan untuk memastikan kerja pemulihan dan pembinaan bersesuaian dengan ciri-ciri Old City, sama ada dari segi seni binanya atau pembahagian tanah untuk kedai, kediaman dan kawasan awam.- Agensi

The post UNESCO yakin Aleppo boleh dibina semula appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di UNESCO yakin Aleppo boleh dibina semula
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "UNESCO yakin Aleppo boleh dibina semula"

Back To Top