Gema Semua Maklumat

Parti politik Indonesia gesa penganjur Sukan Sea diambil tindakan

Parti politik Indonesia gesa penganjur Sukan Sea diambil tindakan

JAKARTA, 28 Zulkaedah 1438H, Isnin – Sebuah parti politik Indonesia, Partai Persatuan Pembangunan (PPP) masih belum berpuas hati berhubung isu insiden cetakan bendera Indonesia secara terbalik dalam buku cenderahati Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017).

Ketua Umum parti itu, Dr Reni Marlinawati dilaporkan mahu kerajaan Malaysia mengambil tindakan undang-undang ke atas penganjur Sukan SEA (KL2017) atas insiden itu.

Katanya, insiden itu merencatkan matlamat asal KL2017 untuk mengeratkan hubungan antara kedua-dua negara melalui sukan.

“Kerajaan Malaysia harus mengenakan hukuman tegas kerana kecuaian itu menyebabkan rakyat Indonesia tidak puas hati,” katanya.

“Jangan sampai isu bendera terbalik ini membangkitkan kemarahan rakyat Indonesia atas berbagai tindakan yang membuatkan kami tidak puas hati,” katanya.

Sabtu lalu, bendera Indonesia dicetak terbalik di dalam buku cenderahati KL2017 di mana jalur putih berada di atas dan jalur merah di bahagian bawah menyerupai bendera Poland.

Semalam, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin membuat permohonan maaf kepada seluruh rakyat Indonesia atas kesilapan melibatkan bendera negara itu.

Bagaimanapun, Presiden Indonesia, Joko Widodo juga telah meminta semua pihak tidak memperbesar-besarkan isu itu dan berkata kesalahan itu amat dikesali namun rakyatnya diminta tidak bersikap berlebihan berhubung isu itu.

The post Parti politik Indonesia gesa penganjur Sukan Sea diambil tindakan appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Parti politik Indonesia gesa penganjur Sukan Sea diambil tindakan
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Parti politik Indonesia gesa penganjur Sukan Sea diambil tindakan"

Back To Top