KUALA LUMPUR, 28 Zulkaedah 1438H, Isnin – Sesi pendengaran pertama Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung kes kerugian Bank Negara Malaysia (BNM) akibat kegiatan perdagangan wang asing bermula di Istana Kehakiman di sini hari ini.
Kes disiasat apabila bank pusat itu dilaporkan mengalami kerugian AS$10 bilion (RM44 bilion) dalam urus niaga perdagangan mata wang sekitar 1990-an.
Prosiding yang bermula pukul 9 pagi tadi dijalankan di hadapan panel RCI yang dipengerusikan oleh Pengerusi Petroliam Nasional Berhad (Petronas), Tan Sri Mohd Sidek Hassan.
Antara individu yang menganggotai RCI ialah Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Kamaludin Md. Said; Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Berhad; Datuk Seri Tajuddin Atan; Pengerusi Bersama Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan, Tan Sri Saw Choo Boon.
Turut terlibat Ahli Institut Akauntan Malaysia, K. Pushpanathan dan Setiausaha Bahagian Pelaburan Strategik Kementerian Kewangan, Datuk Dr. Yusof Ismail yang juga setiausaha suruhanjaya siasatan itu.
Suruhanjaya berkenaan ditubuhkan pada 15 Julai 2017 lalu dan keanggotaannya mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.
The post Pendengaran RCI skandal mata wang asing bermula hari ini appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Pendengaran RCI skandal mata wang asing bermula hari ini
0 Komentar untuk "Pendengaran RCI skandal mata wang asing bermula hari ini"