UNITED NATION, 28 Zulkaedah 1438H, Isnin – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendesak semua pihak yang terlibat dalam operasi pembebasan bandar Tal Afar daripada militan Daesh supaya mengelakkan sebarang serangan yang membabitkan orang awam.
Penyelaras Kemanusiaan PBB di Iraq, Lise Grande dalam satu kenyataan berkata, setakat ini ribuan orang awam melarikan diri dari Tal Afar atas tujuan keselamatan.
Kenyataan PBB itu adalah susulan selepas Perdana Menteri Iraq, Haider al-Abadi mengumumkan operasi serangan besar-besaran bagi merebut semula bandar Tal Afar daripada Daesh, yang terletak berhampiran Mosul.
“Kami mengumumkan pelancaran operasi untuk membebaskan Tal Afar. Saya memberi amaran kepada Daesh sama ada anda mahu menyerah diri atau mati,” kata Haider.
Grande menjangkakan keadaan bandar itu berdepan kesukaran ekoran daripada masalah kekurangan makanan, air dan juga keperluan asas lain.
“Lebih 30,000 orang telah melarikan diri dari bandar itu, tetapi kami tidak tahu berapa ramai orang awam yang masih berada di kawasan pertempuran itu ketika ini.
“Namun, kita menjangkakan ribuan lagi penduduk bandar itu melarikan diri pada hari dan minggu akan datang,” katanya.- Agensi
The post PBB desak semua pihak elak serangan terhadap orang awam di Tal Afar appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di PBB desak semua pihak elak serangan terhadap orang awam di Tal Afar
0 Komentar untuk "PBB desak semua pihak elak serangan terhadap orang awam di Tal Afar"