Gema Semua Maklumat

RCI tolak permohonan BNM lakukan siasatan secara tertutup

RCI tolak permohonan BNM lakukan siasatan secara tertutup

PUTRAJAYA, 28 Zulkaedah 1438H, Isnin – Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat kerugian Bank Negara Malaysia (BNM) dianggarkan kira-kira AS$10 bilion (RM44 bilion) akibat kegiatan perdagangan wang asing sekitar 1990-an, hari ini mengenepikan permohonan BNM untuk melakukan prosiding secara tertutup.

Pengerusinya, Tan Sri Sidek Hassan berkata, siasatan akan diteruskan secara terbuka.

“Ini adalah inkuiri, bukan perbicaraan, tiada siapa yang sedang dibicarakan. Kami ditugaskan oleh Yang Di-Pertuan Agong,” katanya.

Terdahulu, Peguam yang mewakili BNM Datuk Tan Hock Chuan ketika prosiding membuat permintaan berkenaan ekoran beberapa dokumen berkaitan yang tertakluk di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan tidak melindungi saksi yang memberi keterangan.

Prosiding siasatan itu menerima dua keterangan daripada dua bekas pegawai bank pusat itu iaitu Abdul Aziz Abdul Manaf dan Datuk Ahmad Hizzad Baharuddin.

Turut dijangka bakal memberi keterangan hari ini Ialah Bekas Penolong Gabenor BNM, Datuk Abdul Murad Khalid yang dijadualkan memberi keterangan kepada suruhanjaya pada pukul 2 petang ini.

Prosiding kali kedua hari ini diadakan di Mahkamah Rayuan 6, Istana Kehakiman, Putrajaya selama 10 hari, bakal didengari oleh panel yang dipengerusikan oleh Pengerusi Petroliam Nasional Berhad (Petronas), Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

The post RCI tolak permohonan BNM lakukan siasatan secara tertutup appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di RCI tolak permohonan BNM lakukan siasatan secara tertutup
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "RCI tolak permohonan BNM lakukan siasatan secara tertutup"

Back To Top