BEIJING, 8 Zulkaedah 1438H, Selasa – Kerajaan komunis China telah membuka secara rasmi pangkalan tentera di luar negara pertamanya di Republik Djibouti hari ini.
Upacara menaikkan bendera dilakukan hari ini serentak dengan sambutan ulang tahun ke-90 pasukan tentera PLA negara itu.
Kedudukan Djibouti yang strategik bersebelahan Lautan Hindi akan menjadikannya pusat ‘rantaian mutiara’ bagi ketenteraan China yang mengikat India, Bangladesh, Myanmar dan Sri Lanka.
Logistik tentera di Djibouti yang mula dibina sejak tahun lepas itu akan digunakan bagi mengisi semula bekalan kapal tentera yang terlibat dengan misi-misi kemanusiaan dan keamanan sekitar Yaman dan Somalia.
Difahamkan, pangkalan tentera di Djibouti ini adalah yang pertama seumpamanya milik China di luar negara itu.
Stesen radio tempatan melaporkan lebih 300 orang menghadiri upacara perasmian termasuk Timbalan Komander Tentera Laut China, Tian Zhong dan Menteri Pertahanan Djibouti.
Ia juga akan menyokong usaha China mengawal perairan Somalia dan Yaman selain melindungi bantuan kemanusiaan antarabangsa yang melalui kawasan itu.
Perkembangan ini juga menunjukkan bahawa Presiden China Xi Jinping sedang menuju ke arah memodenkan projek ketenteraannya dan membangunkan kemampuan ketenteraan China beroperasi dari jauh. – Agensi
The post China rasmi pangkalan tentera luar negara pertama di Djibouti appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di China rasmi pangkalan tentera luar negara pertama di Djibouti
0 Komentar untuk "China rasmi pangkalan tentera luar negara pertama di Djibouti"